YIN818: BIO FILTER: PENJERNIH MINYAK MASAK TERPAKAI

NUR KHASHIA AZ – ZAHRA BINTI MOHD KHAIRUDDIN SMK DATO' AHMAD MAHER

Kajian ini memfokuskan kepada penghasilan minyak masak terpakai sebagai satu inovasi mesra alam yang disasarkan bagi mengekalkan kualiti minyak masak terpakai menggunakan bahan penapis berasaskan tumbuhan. Penggunaan minyak secara berulang tanpa penapisan boleh menyebabkan kehadiran bahan berbahaya serta menjejaskan kualiti makanan. Oleh itu, kajian ini menggunakan teknik penapisan tiga lapisan iaitu batu, kulit pisang, dan arang tempurung kelapa untuk menyingkirkan kotoran, bau tengik, serta warna gelap minyak. Hasil penapisan menunjukkan bahawa minyak menjadi lebih jernih, kurang berbau, dan lebih selamat untuk digunakan semula secara terhad. Selain itu, inovasi ini turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan pembuangan minyak masak terpakai. Secara keseluruhannya, kaedah ini berpotensi sebagai alternatif mudah dan kos rendah dalam pengurusan minyak masak terpakai.

 

Kata kunci:
minyak masak terpakai, penapisan minyak, inovasi mesra alam