KVO434: PiaGano

NUR ALISYA SYAMIRA BINTI MOHD AZRI KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2476 | 79 Likes | 319 Views | 134 times | LS: 232.5
Like it? | Support them now!

“PiaGano” merangkumi penyelidikan dan pengembangan resipi makanan baharu, iaitu "Popia Carbonara dengan Pegaga, Bunga Telang, dan Oregano Batik". Projek ini bertujuan untuk mencipta produk makanan yang inovatif dengan mengintegrasikan tumbuhan herba ke dalam resipi popia carbonara. Objektif utama adalah penghasilan resipi inovatif yang tidak hanya memberikan pengalaman rasa yang unik tetapi juga memberi nilai nutrisi yang tinggi terhadap kesihatan serta memberi peluang keusahawanan kepada pelajar untuk memperkenalkan produk baharu di pasaran. Hasil projek ini memberikan pelbagai impak positif kepada industri dan pasaran makanan dengan mencipta pilihan baru untuk pengguna, menyokong tren kesedaran kesihatan dalam masyarakat dan mencipta peluang keusahawanan.