KVO510: PROF TANYA!

MUHAMMAD NAUFAL BIN MOHAMED SALIM KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

PROF TANYA! ialah projek inovasi yang berkaitan dengan bahan bantu belajar jenis-jenis kesalahan bahasa. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan pembelajaran secara interaktif iaitu penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan Pendidikan Abad ke-21. PROF TANYA! adalah bentuk kuiz dan soalan yang dihasilkan melalui aplikasi canva dan seterusnya digunakan sebagai bahan bantu belajar yang menggunakan kaedah digital menggantikan kaedah soalan bentuk kertas. Projek ini juga diharapkan dapat memupuk minat pelajar untuk belajar jenis-jenis kesalahan bahasa di samping menguasai penggunaan teknologi sewaktu belajar bahasa Melayu.