IRISYA BINTI RAIS SK KOMPLEKS GONG BADAK
Projek SmartMark merupakan satu inovasi digital yang dibangunkan bagi menangani cabaran dalam proses penandaan soalan objektif secara manual yang memakan masa, terdedah kepada kesilapan, dan membebankan guru. Aplikasi ini berfungsi sebagai alat bantu semakan automatik yang membolehkan guru menanda jawapan pelajar dengan pantas, tepat, dan sistematik. Ia direka khas dengan antara muka mesra pengguna, boleh diakses dengan mudah,mesra pengguna dan membekalkan laporan statistik prestasi pelajar secara automatik. Kajian rintis menunjukkan penurunan masa semakan sehingga 70% serta peningkatan ketepatan dan kepuasan pengguna. Inovasi ini diyakini dapat menyumbang kepada transformasi digital dalam pentaksiran pendidikan, sejajar dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.