KVO702: AISKRIM BERASASKAN BELIMBING BULUH

SYAHDINA AQILAH BINTI SHOLIKHIN KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2333 | 14 Likes | 60 Views | 106 times | LS: 123.3
Like it? | Support them now!

Di Malaysia, pengeluaran produk manisan yang menggunakan buah-buahan tempatan iaitu belimbing buluh dalam bentuk yang komersial boleh dilihat sangat kurang dalam pasaran. Hal ini dikatakan buah belimbing buluh ini mempunyai rasa yang sangat masam dan sering digunakan dalam masakan sahaja. Penghasilan Ais Krim berasaskan Belimbing Buluh masih belum dipasarkan secara meluas dalam pasaran Malaysia. Oleh itu pengkaji menghasilkan Ais Krim berasaskan Belimbing Buluh supaya masyarakat di Malaysia dapat mengetahui penggunaan buah belimbing buluh selain digunakan di dalam masakan. Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang terdiri daripada warga Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru. Selain itu, hasil data daripada borang soal selidik yang diperoleh, pengkaji telah membuat analisis data kajian mengikut item yang terdapat dalam borang soal selidik dengan menggunakan kaedah sistem pengiraan purata min dalam bentuk jadual dan peratusan yang berbentuk carta pai. Secara kesimpulannya, hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju dan menerima produk penghasilan Ais Krim berasaskan Belimbing Buluh. Ternyata pengkaji dapat membuktikan bahawa buah belimbing buluh dapat digunakan dalam pelbagai jenis pengeluaran makanan.