Nurhanisa Alia Binti Hamzah Kolej Vokasional Ipoh
E- Koku dibangunkan bagi menggantikan sistem manual sedia ada. Ia merupakan sistem kehadiran pelajar Kolej Vokasional Ipoh dan laporan mingguan ke perjumpaan unit kokurikulum menggunakan aplikasi “Mobile”. Justeru itu, maklumat pensyarah pembimbing dan pelajar juga boleh dimasukkan dalam aplikasi ‘Mobile’ ini. Sistem sedia ada yang digunakan adalah dengan merekod laporan mingguan dan maklumat pelajar yang hadir secara manual dimana semua maklumat direkodkan di dalam fail. Sistem secara manual ini mempunyai beberapa kelemahan seperti risiko kehilangan maklumat kerana maklumat hanya disimpan dalam fail dan tiada ‘backup’. Fail juga akan digunakan dalam tempoh yang lama sehingga fail penuh. Perkara ini boleh menyebabkan kesukaran pihak pengurusan untuk membuat analisis makiumat kehadiran dan memantau aktiviti yang dijalankan. Maklumat pelajar dan pensyarah juga boleh dimasukkan dalam sistem ini untuk memudahkan pensyarah memantau ahli unit kokurikulum. Dengan itu,aplikasi E-Koku di bangunkan bagi menyelesaikan masalah ini. Sistem ini mempunyai keupayaan merekod maklumat kehadiran pelajar secara atas talian. Sistem akan menghasilkan laporan bulanan bagi memudah pensyarah pembimbing dan Ketua Unit Kokurikulum membuat analisis kehadiran dan aktiviti unit kokurikulum di samping akan memudahkan pemberian markah kokurikulum apabila pelajar tamat sesi pembelajaran. Antara kebaikan sistem ini ialah menghasilkan sistem yang lebih teratur bagi simpanan maklumat kehadiran dan maklumat pelajar di samping keselamatan data yang lebih terjamin .