TS. SABRI BIN AHMAD HISHAM Pusat Teknologi Digital
Pada masa kini, kebanyakan proses pengundian untuk program pemilihan atau pilihan raya yang diadakan adalah secara manual serta berasaskan kertas.Walaupun, sistem undian eletronik telah dibangunkan serta digunakan untuk mengautomasikan proses undian manual tetapi masih terdapat dengan beberapa kelemahan. Kaedah undian manual dan sistem undian elektronik tradisional berhadapan dengan risiko ancaman pencerobohan, pengubahsuaian rekod dan ketiadaan mekanisma penjejakan audit. Senibina sistem undian tradisional berasaskan ekosistem berpusat yang dikawal oleh pihak berkuasa tertentu telah menyebabkan berlakunya masalah penyalahgunaan kuasa. Tambahan lagi, kos pengurusan sistem undian tradisional adalah tinggi termasuk kos, sumber, sewaan tempat mengundi, kertas dan sumber manusia yang ramai. Selain itu, fleksibiliti pengundi adalah kurang untuk mengundi kerana masalah pengangkutan serta keuzuran yang dihadapi oleh pengundi.Justeru itu, aplikasi sah-undi dibangunkan berasaskan teknologi blockchain untuk mempertingkatkan tahap keselamatan, keberkesanan, ketelusan, kepercayaan dan kebolehcapaian.Melalui aplikasi ini, pengundi bebas mengundi tanpa hadir secara fizikal, mengetahui jumlah undi terkini setiap calon secara telus, akses melalui kekunci sulit dan pengurangan kos operasi serta penggunaan sumber manusia. Produk ini menyediakan modul pentadbir dan pengundi yang lebih fleksibel untuk organisasi mengurus sesuatu pilihan raya.Penilaian keberkesanan produk ini dilaksanakan melalui ujian kualiti kod sumber kontrak dan ujian penembusan kontrak menggunakan alatan Slither. Hasil pengujian menunjukkan produk ini bebas dari ralat dan kelemahan pada aturcara kontrak serta memberi jaminan keselamatan untuk digunakan dalam proses pengundian.