NUR KASIH BINTI NASRAN KOLEJ VOKASIONAL TAIPING
Aplikasi penggunaan enapcemar (Sludge) loji rawatan air bersih merupakan alternatif kepada pengurangan sisa pepejal di Malaysia. Langkah ini juga sejajar dengan galakan kerajaan untuk melaksanakan pengurusan sisa sifar secara lestari yang merupakan satu daripada cara memulihara alam sekitar, kesihatan dan ekologi. Loji Rawatan Air Kampung Senawar, Kuala Kangsar dipilih sebagai medium untuk menjalankan kajian terhadap penggunaan enapcemar sebagai salah satu bahan mengantikan sumber baru dalam pembuatan bahan binaan. Ini kerana enapcemar dari loji rawatan tersebut tidak mempunyai tempat pelupusan yang sistematik. Selain itu juga, habuk kayu dan sisa jubin terpakai selepas selasai menjalankan latihan amali pelajar di Bengkel Kayu Kolej Vokasional Taiping semakin meningkat setiap hari juga menyumbang kepada kesukaran pengurusan pembuangan sisa dari bengkel Teknologi Pembinaan. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk menilai potensi guna semula enapcemar dan sisa kayu dan jubin terpakai sebagai salah satu bahan membuat mortar seterusnya dapat mengoptimumkan penggunaan enapcemar Loji Rawatan Air Kg Senawar, Kuala Kangsar dan juga sisa bengkel yang terdapat di bengkel Kolej Vokasional Taiping supaya dapat di uruskan dengan lebih sistematik. Objektif kajian ini juga adalah untuk mengitar semula enapcemar dan sisa bengkel Teknologi Pembinaan sebagai salah satu bahan membuat mortar bagi mengurangkan kadar pencemaran dan memelihara sumber alam semulajadi. Selain itu juga, membantu ekosistem untuk menjadi lebih stabil seterusnya menjamin kelangsungan generasi yang akan datang. Biomortar merupakan inovasi hijau dalam bidang Teknologi Pembinaan yang memperkenalkan mortar mesra alam berasaskan tiga bahan buangan utama sisa pepejal iaitu enapcemar loji rawatan air bersih dan habuk kayu dan bata sisa daripada bengkel. Projek ini dicetuskan sebagai usaha menangani isu kelestarian alam sekitar serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan binaan konvensional yang memerlukan sumber asli tinggi dan memberi kesan negatif kepada ekosistem. Biomortar bukan sahaja memberi penyelesaian kepada masalah pelupusan sisa industri, malah berpotensi menyumbang kepada industri pembinaan yang lebih hijau, inovatif, dan berdaya saing. Inisiatif ini menyokong agenda negara ke arah pembinaan lestari dan ekonomi kitaran dengan mengubah sisa menjadi sumber yang berguna pada masa akan datang justeru dapat menyelesaikan masalah pengurusan sisa loji rawatan air bersih dan sisa bengkel Teknologi Pembinaan di Kolej Vokasional Taiping