YI611: XTRA:DPOCKET

HANITA BINTI LADJAHARUN SMK PEREMPUAN KOTA KINABALU

XTra:D-Pocket ialah kain tambahan yang digunakan untuk menyangkut klip rantai dompet di dalam poket baju sekolah.Selain itu,XTra:D-Pocket dihasilkan agar dapat menyelesaikan isu atau masalah murid yang sering menghadapi masalah dompet mereka mudah hilang atau jatuh. (Kes ini selalu berlaku di kalangan pelajar sekolah rendah). Seterusnya, XTa:D-Pocket ini boleh dihasilkan dengan menggunakan kain tambahan sepanjang empat sentimeter dan lebar satu sentimeter dan di jahit di bahagian dalam poket baju sekolah. Apabila klip rantai dompet disangkutkan pada kain tambahan yang dijahit dompet tidak mudah terjatuh atau hilang.Di samping itu,XTra:D-Pocket juga dapat membantu pelajar sekolah agar dompet mereka tidak mudah dapat dicuri dan diambil oleh pelajar lain mahupun orang lain.