Sohana Binti Ismail POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Manometer Ringkas (Simple Manometer) dibangunkan bertujuan sebagai alat bantuan mengajar bagi pensyarah kursus DJJ20073 Fluid Mechanics untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Alatan ini terdiri dari gabungan tiub silikon lutsinar dan tolok Bourdon yang diikat pada papan yang dilengkapi skala pengukuran ketinggian. Manometer ini bersifat mudah alih serta boleh diperluaskan penggunaannya terhadap pelbagai jenis bendalir. Manometer ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada pelajar bagaimana proses mengukur tekanan bendalir relatif kepada tekanan atmosfera dilakukan. Selain itu, satu lembaran kerja makmal telah dibangunkan bersama bagi membolehkan penggunaan manometer ini ketika sesi amali.