KVO731: ROAD BLOCKER BAR

FAZRIL ISYRAF BIN FAIZOL KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1511 | 21 Likes | 139 Views | 193 times | LS: 217.2
Like it? | Support them now!

Projek Road Blocker Bar merupakan sistem yang direka bagi membantu pejalan kaki yang terdiri daripada orang awam mahupun para pelajar untuk menggunakan jalan raya dengan lebih selamat. Antara permasalahan yang dapat dikenalpasti ialah pejalan kaki berasa tidak selamat apabila melintas menggunakan laluan pejalan kaki tersebut disebabkan oleh sikap beberapa pemandu yang pentingkan diri dan tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Projek Road Blocker Bar ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berfungsi dengan naik selari ketika lampu isyarat untuk kenderaan bertukar merah. Projek ini bertujuan memudahkan dan membantu menghilangkan kegusaran pejalan kaki untuk melintas jalan disamping membantu pemandu untuk patuh pada peraturan-peraturan lalu-lintas. Projek ini juga dapat membantu dan memudahkan pejalan kaki yang terdiri dalam kalangan pelajar-pelajar, orang awam dan termasuklah ibu bapa yang menghantar atau mengambil anak-anak mereka di sekolah. Projek ini juga dibuat untuk pemandu lebih peka terhadap peraturan jalan raya serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain.