YI624: JENGIE BRAIN

EULYN ALFYRA LUDDEK ANAK JANA SMK PENRISSEN

I3DC24 | Young Innovator (Online)

CR: 0.1584 | 73 Likes | 461 Views | 74 times | LS: 158.6
Like it? | Support them now!

Jengie Brain merupakan permainan yang bertujuan untuk membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan teknik yang telah dikongsikan oleh guru Pendidikan Moral. Tercetusnya inovasi ini apabila kami mendapati bahawa ramai pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan terutamanya soalan yang memerlukan huraian. Terdapat 3 teknik yang dikongsikan oleh guru iaitu teknik Mak Bagi Kek Coklat, Teknik Nenek Wan Harap Hujan Lebat dan teknik Nenek Wan Harap Hujan Lebat Cu. Maka, kami mencipta permainan ini menggunakan teknik-teknik yang dikongsikan oleh guru bagi tujuan meningkatkan markah peperiksaan. Permainan inovasi ini telah memberi banyak impak kepada guru dan pelajar. Buktinya, permainan Jenggie Brain ini juga telah membantu iklim dan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok apabila permainan ini telah menepati ciri PAK21 sekaligus mampu meningkatkan keputusan peperiksaan pelajar.