WEE BENG HIANG KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Kajian ini meneliti keberkesanan pertandingan matematik interaktif dalam
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik kebarangkalian. Seramai 132
peserta menyertai pertandingan ini, dengan 93% menyatakan ia menyeronokkan, 91%
merasakan ia membantu memahami topik kebarangkalian dengan baik, dan 91%
berminat untuk menganjur atau menyertai pertandingan matematik pada masa akan
datang. Selain itu, purata nilai gred kursus matematik teknologi Elektronik meningkat
daripada 2.09 pada Semester 1 kepada 3.4 pada Semester 2, dengan peratusan
kelulusan meningkat daripada 95.7% kepada 100%. Lebih signifikan, 68.4% pelajar
memperoleh gred A/A-, berbanding tiada pada semester sebelumnya. Peningkatan ini
juga selari dengan peningkatan PNGK 211 pelajar SVM Kohort 2024 kepada 3.13 (gred
B, kepujian) berbanding 1.97 (gagal) pada Semester 1, dan peratusan kelulusan
meningkat daripada 54.5% kepada 95.73%. Keputusan ini menunjukkan bahawa
pertandingan matematik interaktif berpotensi sebagai alat pembelajaran yang efektif
dalam meningkatkan pemahaman dan prestasi pelajar dalam matematik.