SITI NORJANA BINTI AHMAD KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL
'SMART IRRIGATION SYSTEM' merupakan sistem pengairan dan penyiraman yang penting dalam menjaga sesuatu kualiti dalam tanaman. Kebanyakkan tanaman memerlukan tahap kelembapan yang secukupnya untuk tanaman bertumbuh besar. Tetapi, dengan kos penggunaan air dan baja yang banyak, mereka tidak boleh menjimatkan dari segi air, baja, masa dan tenaga buruh dengan kuantiti yang sedikit. Dengan ini, satu projek telah dihasilkan dalam bentuk prototaip iaitu dapat dikawal dari jarak jauh dengan hanya menggunakan telefon pintar. Komponen utama yang digunakan adalah esp32 yang disambung dengan rangkaian Internet, manakala soil sensor mengesan kelembapan tanah dan pam air. Tambahan itu, kaedah pengairan yang digunakan adalah kaedah titis bagi menjimatkan penggunaan air.