KVO513: PAPAYA SEEDS TART

RAJA BATRISYA JASMIN BINTI RAJA ASDI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0256 | 1 Likes | 39 Views | 93 times | LS: 94.0
Like it? | Support them now!

Papaya Seeds Tart diinspirasikan dari buah betik dan juga biji buah betik. Kebiasaanya,buah betik digunakan dalam masakan seperti somtam, kerabu dan jeruk manakala biji buah betik pula digunakan dalam semaian bagi menghasilkan pokok betik. Selain itu, buah betik juga merupakan pencuci mulut yang terkenal di Malaysia kerana rasa yang lazat dan menyegarkan. Terdapat beberapa masyarakat yang tidak menggemari buah betik ini terutamanya golongan kanak-kanak. Namun begitu, terdapat beberapa khasiat yang ada pada buah betik beserta biji betik. Antaranya ialah dapat meningkatkan fungsi buah pinggang, melawan jangkitan virus seperti denggi, agen anti kanser, merendahkan kadar kolestrol, baik untuk tekanan darah tinggi,melindungi kulit dan lain lain khasiat yang baik untuk kesihatan.