KVO1097: SMART FISH DETECTOR

MUHAMMAD FARIS BIN CHE UN KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0847 | 5 Likes | 59 Views | 82 times | LS: 87.4
Like it? | Support them now!

Projek Smart Fish Detector adalah satu projek yang dapat memberikan pelbagai manfaat kepada para pemancing. Projek ini dapat membantu para pemancing untuk mengesan lubuk ikan di dalam air. Projek ini juga mempunyai reka bentuk yang ringan serta mudah dibawa dan disimpan di mana sahaja. Projek ini menggunakan ultrasonic sensor bagi mengesan pergerakan yang dihasilkan oleh ikan di dalam air serta ia juga kalis air. Smart Fish Detector ini dihasilkan menggunakan sistem sensor yang berasaskan Internet of Things (IoT). Isyarat dari sensor tersebut dapat diakses terus oleh pemancing melalui telefon pintar menggunakan aplikasi Blynk IoT. Pemancing juga boleh mendapatkan maklumat lokasi melalui sms. Projek ini telah diimplementasikan kepada para pemancing dan orang awam. Pengumpulan data telah dibuat dengan borang soal selidik menggunakan Google Form. Hasil analisis data dari borang soal selidik menunjukkan bahawa responden bersetuju terhadap kesesuaian penggunaan alat Smart Fish Detector untuk kegunaan para pemancing di kawasan perairan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik antaranya sensor yang lebih canggih, antaramuka sistem yang lebih menarik, menambahbaik sistem menjadi lebih mesra pengguna dan menambah fungsi kamera pada produk.