YS900: BANANA PEEL TART

PUTRI NUR SYA’URAH BINTI ABDULLAH KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 20 times | LS: 20.0
Like it? | Support them now!

BANANA PEEL TART diinspirasikan dari buah pisang. Kebiasaannya buah pisang selalu digunakan dalam masakan seperti cekodok, pengat pisang dan masak lemak. Buah pisang juga digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak suka akan rasa buah pisang , jadi kami menginovasikan buah pisang kepada pencuci mulut untuk menarik perhatian masyarakat supaya dapat menerima rasanya. Buah pisang terdapat beberapa khasiat iaitu dapat menurunkan berat badan, mengurangkan rasa senggugut , menangani masalah sembelit , mengatasi rasa gatal akibat gigitan nyamuk dan kaya dengan kandungan vitamin A. Pisang juga kaya dengan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana . BANANA PEEL TART mengutamakan kepada masyarakat yang tidak gemar akan buah pisang tersebut. BANANA PEEL TART sesuai dimakan bila-bila masa sahaja dan senang dibawa kemana-mana. Ia juga sesuai untuk dijadikan makanan segera dan dapat mengenyangkan kerana kaya dengan karbohidrat. BANANA PEEL TART boleh dimakan oleh beberapa peringkat umur bermula dari peringkat sekolah rendah hingga warga emas. Objektif inovasi ialah untuk memperkenalkan produk baharu menggunakan buah pisang dan memastikan masyarakat boleh menerima keunikan rasa ini. Selain itu, mempelbagaikan kegunaan buah pisang dalam masakan.