KVO762: SMART COMPONENT DRAWER WITH BLUETOOTH (SMAD-B)

MUHAMMAD NUUR ZULHARITZ BIN ZULKIFLLY KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1600 | 16 Likes | 100 Views | 106 times | LS: 124.6
Like it? | Support them now!

Smart Component Drawer With Bluetooth (SMAD-B) terhasil adalah untuk memudahkan pengguna dalam pencarian komponen seperti perintang, kapasitor yang berbeza nilainya. Produk ini mempunyai kefungsian tersendiri dimana terdapat 2 kaedah penggunaan. Pengguna perlu memasukkan nilai komponen dengan menekan pada touch keypad atau menerusi aplikasi Bluetooth terminal pada telefon pintar android dengan jarak antara 10-30m, seterusnya Arduino AT MEGA akan memproses data lalu menunjukkan paparan nilai pada paparan LCD dan LED akan menyala pada drawer yang tepat. Implikasi produk ini menunjukkan ianya mesra pengguna dan lebih fleksibel. Malah,dapat menjimatkan masa dalam pencarian sesuatu komponen mengikut nilai yang dikehendaki.