MARYAM HANNAH NAILA BINTI RAHMAT SK BUKIT ANAK DARA
Kepala air ialah gelombang air mengejut dalam kuantiti yang besar yang akan merempuh apa sahaja yang ada di laluannya menyebabkan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri. Disebabkan inilah, kami mencipta satu Sistem Pemantauan Sensor menggunakan microbit iaitu S.A.K.A (Sistem Amaran Kepala Air). Di bawah Matlamat Pembangunan Lestari, kami mengaplikasikan SDG 13 iaitu Tindakan Iklim, objektif projek kami adalah untuk memberi amaran awal kepada penduduk setempat atau pengunjung supaya mereka dapat menyelamatkan diri bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan harta benda akibat kejadian kepala air.Bagaimana Projek kami berfungsi? Apabila air di Kawasan hulu berada pada aras yang bahaya akibat hujan yang lebat, Water level sensor micro:bit akan mengesan takat air dan memberi maklumat kepada sistem amaran secara siren dan notifikasi Telegram melalui telefon mudah alih kepada orang ramai.