Adam Khair Danish Bin Khairil Amin KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Penggunaan ragum dalam bengkel automotif telah digunakan secara meluas dan pelbagai, namun terdapat kekurangan dalam aspek kefungsian terutama berkaitan dengan saiz, berat dan keselamatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan ragum hidraulik dalam penggunaan di bengkel Automotif Kolej Vokasional Slim River. Oleh hal demikian, projek Ragum Hidraulik Mudah Alih (RAGMA) telah dibina dan diuji menggunakan soal selidik terhadap 12 orang responden terdiri dari pelajar dan pensyarah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui penggunaan peratus persetujuan. Hasil dapatan analisis data menunjukkan RAGMA sesuai untuk digunakan, berfungsi dengan baik dan mempunyai tahap keselamatan yang baik.