KVO717: SMART METAL RECYCLE BIN

MUHAMMAD HAIKAL BIN MAHAMATARI KOLEJ VOKASIONAL SERI MANJUNG

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.9231 | 96 Likes | 104 Views | 128 times | LS: 312.6
Like it? | Support them now!

Projek ini diinspirasikan daripada mesin layan diri di pusat beli belah di negara kita. Objektif projek ini dihasilkan adalah untuk menarik minat masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta membantu mengurangkan masalah pengurusan sisa sisa metal yang tidak diurus dengan baik. Smart Metal Recycle Bin ialah tong sampah kitar semula yang berkebolehan untuk mengasingkan di antara bahan yang diperbuat daripada besi dan bahan selain darinya. Selain dari itu, projek ini dapat membantu menjana pendapatan pengguna setiap kali mereka membuang sampah ke dalam tong sampah ini. Tambahan pula , Smart Metal Recycle Bin ini menggunakan sensor yang mampu memudahkan kerja membuang sampah di dalam tong sampah. Cara projek ini berfungsi adalah dengan menggunakan IR sensor yang akan mengesan sisa bahan metal lalu papan yang bercantum dengan Motor Servo akan berpusing secara 90° untuk menjatuhkan sisa metal tersebut ke dalam tong sampah. Lampu penunjuk LED warna merah digunakan untuk menunjukkan sampah di dalam tong sampah dalam keadaan penuh. Projek ini menggunakan 240VAC dan ditukar kepada 12V untuk memberikan bekalan kuasa kepada komponen lain. Berdasarkan analisis dan perbincangan yang telah dilakukan , dapat disimpulkan bahawa Smart Metal Recycle Bin ini telah mencapai objektif yang dikehendaki.