KVN1414: TROUBLESHOOT DETECTED SIMULATION

MUHAMAD ABDULLAH BIN ISMAIL KOLEJ VOKASIONAL SHAS KUALA LIPIS

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 32 Views | 11 times | LS: 11.0
Like it? | Support them now!

Projek ini merupakan sesuatu bahan ABM yang mudah untuk menggunakan 
dan dapat membantu dalam mengenal pasti masalah tentang kerosakan pada unit 
penyamanan udara. Oleh itu , penggunaan alat bantu mengajar Ppu dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi tenaga pengajar untuk memastikan 
penyampaian maklumat berkaitan subjek yang diajar adalah lebih jelas dan 
sistematik. Justeru, satu produk inovasi iaitu Troubleshoot Detected Simulation split 
unit (TDS) dihasilkan untuk diaplikasikan dalam PdP. Ia merupakan inisiatif 
pensyarah terhadap pelajar kolej vokasional di bengkel Ppu untuk meningkatkan 
kefahaman dan keberkesanan dalam penyampaian PdP. TDS merupakan model 
simulasi bagi pembelajaran Modul penyamanan udara split unit untuk ke semua 
pelajar yang mengenai Penyamanan Dan penyejukan Udara. Pemerhatian semasa 
PdP berjalan selama ini mendapati pelajar kurang faham proses atau kerosakan pada 
unit dan komponen yang terdapat pada penghawa dingin.
Oleh yang demikian, alat ini direka terdiri daripada paparan yang akan 
memberi pemahaman kepada pelajar. Contohnya paparan meter , lampu LED dan 
sebagainya.Projek ini juga boleh digunakan oleh pelajar, guru dan pengguna. 
Sehubungan dengan itu , penulisan ini dihasilkan merujuk kepada kajian- kajian yang 
telah dijalankan sebelum ini iaitu mengenai produk inovasi sebagai ABM yang 
diaplikasikan semasa proses PdP.Setersunya penerangan terperinci mengenai 
produk yang dihasilkan oleh pengkaji iaitu TDS serta cadangan penambahbaikan 
turut dibincangkan bagi kegunaan masa akan datang dengan mudah difahami dan 
dipelajari atau dilaksanakan.
Akhir sekali, dengan ini jika projek TDS ini terjadi ia akan memudahkan pelajar
, pengguna dan guru pada zaman yang akan datang dengan lebih fasih dalam 
mempelajari dan mengetahui tentang kerosakan pada penghawa dingin . Kini tidak 
juga mustahil pengguna boleh membaiki sendiri hanya menggunakan alat TDS ini
dengan beberapa barangan sahaja untuk membaik pulih aircond yang telah rosak 
ataupun tidak berfungsi. Hal ini akan mengurangkan tenaga kerja, masa dan kos 
yang tinggi apabila menggunakan alat simulasi ini dan produk ini boleh digunakan 
dalam jangka masa yang agak panjang atau lama