MARYAM FATHONAH BINTI AHMAD MUKHTAR MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN
MIQAL ialah sebuah ekosistem pembelajaran bahasa Arab yang inovatif, dibangunkan untuk mengatasi kesukaran pelajar dalam memvisualisasikan hukum I’rab yang kompleks. Kekangan utama dalam kaedah tradisional adalah kegagalan pelajar dalam memahami perubahan baris akhir perkataan dengan baik serta kurangnya motivasi akibat ketiadaan alat bantu mengajar yang interaktif. Objektif utama produk ini adalah untuk memudahkan pemahaman nahu melalui bantuan visual, mempercepat penguasaan tanda I’rab, serta mengukuhkan kefahaman pelajar dalam penentuan baris akhir ayat. MIQAL mentransformasikan kaedah hafalan kepada pendekatan praktikal yang lebih logik dan interaktif. Inovasi ini mengintegrasikan sembilan komponen strategik termasuk MIQAL Quick Map, iaitu jadual ringkas I'rab keseluruhan yang lengkap, MIQAL Note Hub, iaitu nota terperinci bagi setiap bahagian i'rab dan MIQAL SlidUiz, iaitu Slaid pembelajaran i'rab serta dilengkapi dengan kuiz pengukuhan ringkas setiap tajuk. Selain itu, ada juga MIQAL Song, iaitu lagu I'rab interaktif, untuk memudahkan para pelajar menghafal tanda-tanda i'rab. Seterusnya, ada juga MIQAL MoMic, singkatan kepada modul dan komik I’rab untuk menatik minat pelajar mendalami i'rab. Kemudian, ada juga Permainan MIQAL Mega Prix, iaitu Permainan Lumba kereta kawalan jauh untuk menjawab soalan I’rab. Tambahan pula, Gamifikasi Atas Talian i'rab turut disertakan melalui MIQAL Digital Game. Semua fungsi ini boleh diakses melalui MIQAL Apps di mana pun pengguna berada pada bila-bila masa sahaja. Komponen MIQAL yang terakhir adalah MIQAL Virtual Hub, iaitu tempat perhimpunan maya yang berkonsepkan grafik kelas fizikal. Secara tuntasnya, MIQAL berpotensi menjadi pemangkin kepada penguasaan bidang i'rab bahasa Arab yang lebih efektif dan dinamik.