ZUL HANIF ZHARFAN BIN ZAWAWI KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA
Penggunaan jek hidraulik dan sangga semasa proses penyelenggaraan kenderaan adalah menjadi satu keperluan bagi memudahkan kerja penyelenggaraan dan membantu mengurangkan risiko kemalangan. Penggunaan jek hidraulik sekiranya diletakkan di posisi yang salah pada kenderaan boleh menyebabkan kerosakan dan mengundang risiko kemalangan semasa bekerja. Bagi memastikan keselamatan bekerja, penggunaan sangga diperlukan namun penggunaannya melambatkan proses penyelenggaraan. Smart Jack 2 in 1 dihasilkan bagi membantu pengguna atau mekanik melakukan proses penyelenggaraan kenderaan dengan lebih mudah, cepat serta selamat. Smart Jack 2 in 1 direkabentuk dengan gabungan antara jek hidraulik dan sangga. Pemasangan kamera yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar dan mempunyai fungsi mod malam pada projek ini juga membantu pengguna meletakkan posisi jek dengan betul dan cepat pada kenderaan semasa menggunakannya. Selain itu rekabentuk projek ini juga menjimatkan ruang penyimpanan berbanding memiliki dua alatan penyelenggaraan iaitu jek hidraulik dan sangga.