YS753: PROJEK INOVASI - NANARUKU

MUHAMMAD NASRUL IFZAN BIN HALIM SMK SULTAN MANSOR

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0476 | 1 Likes | 21 Views | 22 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk inovasi Nanaruku yang dapat memberikan manfaat dalam PdPC pelajar PVMA Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Nanaruku merupakan satu produk hidangan sampingan yang diinovasikan daripada kerepek muruku yang terdapat di pasaran. Nanaruku menggunakan kulit pisang sebagai bahan utama dan sesuai dijadikan sebagai Hidangan Sampingan yang merupakan tajuk diajar dalam CU02 Cooking Technique terdapat dalam NOSS HT-012-2:2012 Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang golongan (guru dan murid) di sekitar SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu. Terengganu. Pengkaji menggunakan soalselidik secara maya (Google Form) dan pengagihan sampel sebagai instrument kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata peratusan setuju berada pada tahap tinggi dalam menjawab persoalan tentang tahap pengetahuan guru dan murid berkaitan dengan produk kulit pisang (78%), tahap penerimaan golongan terhadap Nanaruku yang bertekstur rangup dan rasa sedap (90%) serta potensi Nanaruku dipasarkan (93%). Secara keseluruhan golongan (Guru dan murid) dapat menerima Nanaruku yang merupakan Kerepek muruku yang bertekstur rangup dan mempunyai rasa sedap.