KVO901: PENGHASILAN SYAMPU BAR YANG BERASASKAN MINYAK KELAPA UNTUK MENGATASI MASALAH KULIT KEPALA DALAM KALANGAN WARGA WANITA KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH.

NIK NURFARISYA AMILIN BINTI NIK AHMAD FUAD KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 15 Views | 56 times | LS: 56.0
Like it? | Support them now!

Satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti kesan penggunaan syampu bar yang telah diuji dalam kalangan golongan wanita Kolej Vokasional Tanah Merah. Kajian ini dibuat bertujuan untuk membantu para wanita mengurangkan atau mengatasi masalah rambut yang telah dihadapi oleh mereka sebelum ini. Kajian ini juga dilakukan secara berkumpulan yang terbahagi kepada tiga orang bagi satu kumpulan. Kami telah menghasilkan satu produk iaitu syampu dalam bentuk bar yang dapat membantu mengurangkan masalah rambut seperti rambut gugur, berkelemumur serta rambut berminyak. Kami mencipta syampu berbentuk bar ini kerana ia lain daripada yang lain dan dapat memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja terutama sekali ketika pergi melancong. Justeru, kami ingin membantu golongan yang mempunyai masalah pada bahagian kulit kepala dan rambut. Syampu bar kami mempunyai bahan yang mampu membantu mengurangkan masalah rambut. Selain itu, kami juga telah mencipta satu bentuk pembungkusan yang menarik bagi produk syampu bar ini.Berdasarkan daripada dapatan kajian soal selidik, kami dapati ramai pengguna amat berpuas hati dengan produk ini dan dapat menerima syampu dalam bentuk bar untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, implikasi kajian menunjukkan golongan wanita Kolej Vokasional Tanah Merah amat setuju bahawa syampu bar ini dapat mengurangkan beberapa masalah rambut yang telah dihadapi oleh mereka.