KVN500: REKABENTUK SISTEM PEMBERSIHAN PEMELUWAP AUTOMATIK BAGI PENJIMATAN TENAGA

Ts. NUR HIDAYAH BINTI MUHAMAD KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 5 times | LS: 5.0
Like it? | Support them now!

REKABENTUK SISTEM PEMBERSIHAN PEMELUWAP AUTOMATIK BAGI PENJIMATAN TENAGA

 

Muhammad Arsyad Bin Othman Sahari, Muhammad Ramzi Syahmi Bin Mohd Sharunizan, Haqkul Yaqin Bin Hafiz, Noor Azira Binti Mohamad, Nurul Fatihah Binti Mamat, Ts. Nur Hidayah Binti Muhamad

 

Kolej Vokasional Kemaman

 

 

Abstrak

Projek ini bertujuan membangunkan satu sistem pembersihan pemeluwap automatik menggunakan berus bagi meningkatkan kecekapan operasi sistem penyaman udara. Masalah utama yang dikenal pasti ialah pengumpulan habuk dan kotoran pada sirip pemeluwap yang mengurangkan keupayaan pemindahan haba, meningkatkan penggunaan tenaga elektrik, serta mempercepatkan kerosakan komponen. Apabila unit luar (pemeluwap) diletakkan pada tempat tinggi, proses pembersihan pemeluwap penyaman udara menjadi sukar.  Bagi mengatasi isu tersebut, satu prototaip sistem berus automatik telah direka bentuk menggunakan komponen seperti motor DC, hos air, pam mini, dan rail panduan bagi membolehkan proses pembersihan dilakukan secara berkala dengan pengawasan minimum. Metodologi projek melibatkan proses reka bentuk, pemilihan komponen, pemasangan, pengujian, serta analisis data sebelum dan selepas pembersihan. Hasil ujian menunjukkan sistem berjaya meningkatkan tahap kebersihan pemeluwap sehingga 70% liputan pembersihan serta menjimatkan masa penyelenggaraan sehingga 40% berbanding kaedah manual. Selain itu, penurunan beban kerja sistem membuktikan potensi penjimatan tenaga dan pemanjangan jangka hayat peralatan. Secara keseluruhannya, projek ini membuktikan bahawa penggunaan sistem pembersihan automatik merupakan penyelesaian praktikal, efisien, dan berpotensi untuk diaplikasikan secara meluas dalam penyelenggaraan unit penyaman udara bagi meningkatkan prestasi, menjimatkan kos operasi, dan menyokong kelestarian tenaga.

Kata Kunci: Sistem Pembersihan Pemeluwap Automatic, Penyaman Udara, Berus Automatic, Kecekapan Tenaga, Penyelenggaraan Pemeluwap