AFIQ IKHWAN BIN AEROL IZADZ KOLEJ VOKASONAL
Projek Papan Sibuk FAD dibangunkan untuk mengatasi kekurangan alat bantu belajar interaktif bagi kanak-kanak autisme di PPDK Sunflower Miri. Menggunakan sistem mikropengawal Arduino, projek ini objektifnya merangsang deria taktil, visual, dan auditori pelajar secara selamat dan mudah alih. Inovasi ini menyokong SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan) melalui regulasi emosi, serta SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dengan menyediakan akses terapi inklusif. Impak utama projek menunjukkan peningkatan tumpuan dan kemahiran motor halus kanak-kanak melalui interaksi kod pengaturcaraan yang responsif. Kesimpulannya, Papan Sibuk FAD berjaya menggabungkan kemahiran teknologi elektrik dengan keperluan komuniti, sekali gus menghasilkan solusi terapi yang efektif, kos rendah, dan selamat.