KVN469: ADJUSTABLE TABLE FOR MACHINE DRILL AND VISE

Nur Ayuni Abdul Aziz Kolej Vokasional Sungai Petani 1

i3DC26 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 7 times | LS: 7.0
Like it? | Support them now!

Projek ini dibangunkan bagi mengatsi kekangan mesin gerudi konvensional yang tidak mempunyai pergerakan dalam paksi X dan Y. Kekurangan ini menyebabkan pengguna perlu membuka dan memasang semula bahan kerja setiap kali ingin mengubah kedudukan lubang. Keadaan tersebut memakan masa, mengurangkan ketepatan serta meningkatkan risiko keselamatan. Selain itu, ragum sedia ada kurang sesuai untuk memegang bahan berbentuk silinder dan segi empat dengan stabil. Bagi menyelesai masalah ini, sebuah meja boleh laras telah direka bentuk yang mampu bergerak secara manual dalam paksi X dan Y. Meja ini dilengkapi dengan ragum dwifungsi bagi memastikan bahan kerja dapat dipegang lebih kukuh dan selamat. Sistem pelarasan ini membolehkan kedudukan bahan diubah tanpa perlu menanggalkannya sekaligus menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan kerja. Mesin laras ini diperbuat daripada aluminium yang ringan dan tahan karat serta menggunakan batang ulir dan skru pengunci sebagai mekanisme pelarasan. Reka bentuknya mengambil kira aspek kestabilan, keselamatan, kos yang berpatutan dan kemudahan penyelenggaraan supaya sesuai digunakan di bengkel pendidikan. Hasil pengujian menunjukkan bahawa penggunaan meja laras ini dapat meningkatkan ketepatan kedudukan lubang, mengurangkan masa kerja serta memudahkan proses menggerudi berbanding meja tetap biasa. Gabungan sistem pelarasan dua paksi dan ragum dwifungsi dalam satu reka bentuk yang kompak menjadikan projek ini praktikal dan berpotensi memberi manfaat kepada pelajar serta pengguna industri ringan.