MUHAMMAD SYAMIEL AIZZAD BIN ABDUL RAHIM KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
Projek yang bertajuk Pengunci Pintu Pintar Dengan Sistem Penggera Kebakaran Beserta IoT ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan penghuni rumah mengesan kebocoran gas yang berlaku di rumah kerana terdapat banyak kes-kes berlaku akibat kebocoran gas tanpa disedari seperti gas (butane). Projek ini menggunakan sistem keselamatan iaitu Gas sensor MQ-2 untuk mengesan kebocoran gas dengan berjarak 5 meter dan memberi peringatan melalui buzzer serta aplikasi Blynk iaitu dengan mengeluarkan bunyi dan menghantar mesej dan email. Kos pembangunan projek ini adalah berpatutan dengan sistem keselamatan projek tersebut dan tidak memerlukan proses tambahan semasa pernggunaan. Seterusnya , projek ini dilaksanakan dengan menggunakan ESP 8266 yang berfungsi sebagai mikro pengawal untuk mengawal proses projek dan melakarkan litar skematik dalam applikasi proteus. Selain itu, proses etching , laminate , drill dan memateri komponen juga membangunkan dalam projek ini. Oleh itu , projek ini sesuai digunakan di kawasan perumahan , perumahan , sekolah dan sebagainya kerana tempat-tempat tersebut sering mengalami kebocoran gas.