YIN828: SISTEM IOT RUMAH HIJAU

LUTFI ILHAN BIN MOHD ZAILAM SMK TUN FATIMAH HASHIM

SISTEM IOT RUMAH HIJAU

LUTFI ILHAN BIN MOHD ZAILAM, MOHD ALIF FIRDAUS BIN JASMAN, ADRIANA WONG BINTI SHAHRIZAN WONG, AKMAL DHANIA BINTI NORAIN, KRISH SACHEINDHASAN A/L SHIVADHASAN, ALIF RUSYAIDI BIN ZAINODIN, LOKMAN HAKIM BIN MOHD ISKANDAR

SMK TUN FATIMAH HASHIM

 

Abstrak

Projek ini memfokuskan pembangunan sistem Internet of Things (IoT) bagi Rumah Hijau berasaskan mikropengawal ESP32 yang diintegrasikan dengan platform Blynk. Sistem ini direka untuk memantau parameter penting seperti kelembapan tanah dan keamatan cahaya bagi memastikan keadaan optimum untuk pertumbuhan tanaman. Selain itu, sistem ini turut mengawal peralatan seperti kipas, pam air dan penunjuk LED secara automatik serta manual melalui pendekatan hibrid. Kaedah ini membolehkan pengguna memantau dan mengawal sistem dari jarak jauh dengan lebih efisien dan fleksibel. Hasil pembangunan menunjukkan bahawa sistem ini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan rumah hijau serta menjimatkan masa dan tenaga. Di samping itu, penggunaan teknologi IoT dalam projek ini juga menyumbang kepada amalan pertanian pintar yang lebih lestari dan moden. Secara keseluruhannya, projek ini berpotensi untuk dikembangkan dan diaplikasikan secara meluas dalam sektor pertanian.

 

 

Kata kunci : IoT, rumah hijau, adruino