NUR AISYAH HUMAIRA BINTI MUHAMAD RIZAL SK PERMATANG PELANDOK
PLANET HOUSE MERUPAKAN SATU INOVASI UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID SAINS KSSR TENTANG TAJUK BUMI DAN ANGKASA. MASALAH YANG TIMBUL APABILA MURID TIDAK MEMAHAMI SUSUNAN PLANET DAN TIDAK DAPAT MENGGAMBARKAN SECARA ABSTRAK TENTANG JENIS PLANET, BENTUK PLANET, SUSUNAN MENGIKUT ORBIT DAN KEDUDUKANNYA DALAM SISTEM SURIA SERTA PERANAN MATAHARI . MODEL PLANET HOUSE INI TELAH BERJAYA MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM SUBJEK SAINS DENGAN PENINGKATAN SEBANYAK 95% TENTANG TOPIK INI SETELAH UJIAN POST DILAKUKAN KE ATAS MURID. INOVASI INI JUGA MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG ATAU BAHAN KITAR SEMULA SEPERTI BEKAS TELUR, TALI, KERTAS TERBUANG, GAM DAN TALI YANG TIDAK MEMERLUKAN KOS YANG TINGGI. INOVASI INI BOLEH DIJALANKAN DALAM BILIK DARJAH DENGAN DILETAKKAN CAHAYA PADA LUBANG KOTAK UNTUK MENGGAMBARKAN MATAHARI. SATU LUBANG UNTUK MELIHAT SUSUNAN OBJEK DIBUAT BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID APABILA MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD DALAM PDPC SAINS