YIN553: Jelajah Bandar Peribahasa (JBP)

NURUL TASNIM AMANINA BINTI TAZMIR ARIEF SM SAINS PASIR PUTEH

JELAJAH BANDAR PERIBAHASA (JBP)

Norasma Bt Mohd Salleh 1,Nurul Tasnim Amanina Bt Tazmir Arief 2, Nur Balqis Darwisyah Bt Amju 3, Nik Putri Fatin Batrisyia Bt Abdull Anass 4, Nur A’in Adlin Bt Mohd Khairul Anuar 5

 1 SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH

[email protected] 

ABSTRAK
Penguasaan peribahasa merupakan elemen penting dalam mencerminkan keindahan bahasa dan pemikiran masyarakat, namun pelajar sering menghadapi kesukaran untuk memahami dan menghafal unsur ini melalui kaedah tradisional yang kurang interaktif. Keadaan ini menyebabkan pelajar keliru untuk melengkapkan peribahasa serta memahami maksud sebenarnya, sehingga memerlukan satu pendekatan pembelajaran yang lebih dinamik. Inovasi Jelajah Bandar Peribahasa (JBP) dibangunkan bertujuan untuk membantu pelajar mengenal pasti peribahasa secara sistematik, meningkatkan daya ingatan melalui kaedah pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning), serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. JBP merupakan permainan papan yang diinspirasikan daripada konsep 'Saidina', di mana 2 hingga 3 orang pemain menggunakan dadu untuk bergerak dengan modal strategi sebanyak RM4,000. Keunikan inovasi ini terletak pada elemen interaktifnya yang merangkumi roda pusingan serta penggunaan kad "Tuah", "Malang", dan "Rahsia" yang memberikan elemen kejutan serta cabaran tidak dijangka dalam setiap pusingan. Penilaian dilakukan melalui soalan peribahasa yang perlu dijawab dalam tempoh tiga minit untuk mengumpul markah tertinggi. Hasil penggunaan JBP menunjukkan impak positif apabila pelajar menjadi lebih aktif, berkeyakinan tinggi, dan mampu berfikir dengan pantas dalam menguasai peribahasa. Kesimpulannya, JBP membuktikan bahawa integrasi elemen permainan mampu meningkatkan penguasaan tatabahasa dan keindahan bahasa secara efektif, sekali gus berpotensi menjadi bahan bantu mengajar yang berkualiti di bilik darjah.
Keywords:
Jelajah Bandar Peribahasa  ( JBP ),Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game-Based Learning),Inovasi Pendidikan,Bahasa melayu,Peribahasa