ALYAA NABILA MOHAMAD THAZRIL KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN
Sistem Kawalan Lampu Bilik Asrama adalah satu sistem untuk mengawal suis lampu bilik asrama dengan menggunakan telefon pintar pada jarak yang jauh. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk memudahkan warden mengawal suis lampu bilik asrama dengan menggunakan telefon pintar pada jarak yang jauh. Pengkaji mendapat idea untuk membangunkan projek ini adalah daripada beberapa kajian lepas yang telah dikaji. Projek ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh warden di asrama iaitu masalah pelajar asrama tidak menutup suis lampu mengikut waktu yang telah ditetapkan. Pengkaji membangunkan projek ini menggunakan beberapa software seperti Arduino ide untuk membuat pengaturcaraan Arduino dan proteus untuk merekabentuk dan mencetak litar PCB. Secara ringkasnya, kelebihan projek ini adalah dapat memudahkan warden mengawal suis lampu bilik asrama dengan jarak yang jauh tanpa perlu menekan suis fizikal.