KVO1135: JIG PENGASAH MATA GERUDI

Mohammad Daniel Danish Bin Abdul Hakim KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0588 | 3 Likes | 51 Views | 45 times | LS: 48.2
Like it? | Support them now!

Jig adalah alat yang membantu proses kerja pemesinan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kerja mengasah mata alat gerudi di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan. Pengasahan mata alat gerudi dengan sudut yang tepat iaitu 118 deg adalah sukar diperolehi dan merisikokan keselamatan pemesin ketika mengasah mata alat gerudi semasa menggunakan mesin canai. Objektif kajian ialah memudahkan pelajar untuk mengasah mata alat gerudi dan menguji kebolehfungsian produk. Metodologi kajian yang terlibat ialah penjanaan idea reka bentuk produk, membuat lakaran produk, penghasilan lukisan kejuruteraan, membina produk dan langkah pengujian produk. Dapatan kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah perbandingan pengasahan mata alat gerudi tanpa jig menyukarkan pemesin untuk mendapatkan sudut yang dikehendaki iaitu 118 deg manakala apabila menggunakan jig pemesin akan lebih mudah untuk mengasah mata alat. Selain itu, dikenalpasti mesin canai dapat mengeluarkan haba menyebabkan mata alat akan menjadi panas apabila mata alat bersentuhan pada roda canai dengan waktu yang lama. Dengan penggunaan jig ini pemesin berasa kurang panas ketika hendak mengasah mata alat. Nilai maksimum bagi Von Mises Stress ialah 0.482 Mpa. Nilai faktor keselamatan yang dikira adalah 2.07 menunjukkan alat ini selamat untuk direka bentuk. Cadangan penambahbaikkan daripada projek ini ialah membuat jig yang universal dimana dapat mengubah kedudukan jig dengan pelbagai sudut dan boleh menggunakan pelbagai jenis mata alat. Selain itu, membuat jig lebih universal dimana jig dapat dipasang kepada pelbagai jenama mesin canai meja.