SYARIFAH JAZMINA BATRISYIA WAFA BINTI SYED MOHD IQBAL WAFA KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
Produk inovasi ini merupakan makanan bebas gluten (gluten free) yang dihasilkan khusus bagi memenuhi keperluan golongan yang menghidap penyakit seliak serta individu yang mengamalkan gaya hidup sihat. Menggunakan buah nangka sebagai bahan utama, produk ini menawarkan alternatif makanan yang bukan sahaja selamat untuk pesakit autoimun genetik, malah turut kaya dengan nutrisi berkualiti. Buah nangka (Artocarpus heteropyllus) terkenal dengan kandungan Vitamin A yang tinggi serta berpotensi dalam mencegah penyakit barah, jantung dan masalah mata. Selain itu, isi dan biji buah nangka digunakan sepenuhnya, di mana isi buah dijadikan bahan asas manakala bijinya diproses menjadi tepung. Produk ini sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur kecuali individu yang mempunyai alahan terhadap buah nangka. Dengan penekanan terhadap nilai kesihatan, keselamatan pemakanan, dan kelestarian sumber tempatan, inovasi ini menyumbang kepada penghasilan makanan fungsional yang lebih sihat dan mesra pengguna. Jadi terhasillah produk inovasi berasaskan biji nangka yang bernama Gluten Free Soft Cookies berasaskan Tepung Biji Nangka.