KVO1140: RESIDENTAL COLLEGE SECURITY SYSTEM (R.C.S.S) WITH TELEGRAM NOTIFICATION

MUHAMMAD ADZRIL DANISH BIN MOHD ASRI KOLEJ VOKASIONAL TENGKU AMPUAN AFZAN

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1750 | 28 Likes | 160 Views | 62 times | LS: 94.9
Like it? | Support them now!

Pada masa kini terdapat banyak masalah di kolej kediaman terutamanya tentang isu pencerobohan di asrama semasa waktu kuliah. Rentetan daripada isu pencerobohan asrama, pelbagai kes berlaku seperti kecurian, ponteng kelas dan sebagainya. Hal ini juga membimbangkan para warden kerana masalah yang lebih besar boleh berlaku.Warden tidak dapat mengawasi keberadaan pelajar yang berada di asrama pada waktu kuliah berlangsung. Tujuan projek ini dilaksanakan ialah memudahkan dan membantu warden untuk mengawasi pelajar di asrama pada waktu kuliah. .Selain itu memudahkan memantau keberadaan pelajar supaya tiada pelajar yang ponteng waktu kuliah dan berada di asrama . Akhir sekali dapat mencegah kes kecurian yang berlaku di kawasan asrama pada waktu kuliah.Dari masalah itu,projek ini dibangunkan. Sistem kawalan yang terdiri daripada penderia (sensor) pergerakan dan DF player sebagai masukan. Bahagian keluaran pula , terdiri daripada speaker, buzzer.kedua-dua bahagian dikawal oleh esp32 sebagai unit kawalan . Kelebihan projek ini ialah dapat mengawal dan mengesan pergerakan pelajar semasa berada di asrama pada waktu larangan iaitu waktu kuliah berlangsung. Warden akan mendapat notifikasi dan gambar pelajar yang berada di kolej kediaman melalui aplikasi telegram dari esp32 camera. DF player akan terus memberi arahan untuk pembesar suara memberi amaran kepada pelajar supaya beredar dari kawasan kolej kediaman dengan kadar segera. Projek ini menggunakan suara sebenar Ketua Warden Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bagi memberi amaran kepada pelajar yang melakukan kesalahan menceroboh kolej kediaman pada waktu kuliah.Cadangan penambahbaikan kami ialah mengecilkan saiz kotak supaya pelajar tidak mengetahui kedudukan sebenar kotak projek di kawasan kolej kediaman. Selain itu, pengeluaran suara amaran dari warden boleh disambung terus kepada pembesar suara kolej kediaman kerana kualiti suara akan lebih jelas.