PRO581: MAK BAGI KEK COKLAT

MOREECA ANAK ANGGO SMK PENRISSEN

I3DC24 | Professional (Online)

CR: 0.0952 | 8 Likes | 84 Views | 75 times | LS: 83.8
Like it? | Support them now!

Inovasi ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah murid tingkatan 5 yang tidak dapat menulis huraian jawapan bagi soalan esei Pendidikan Moral. Antara permasalahan yang dihadapi oleh murid ialah tidak mempunyai idea untuk menghuraikan jawapan bagi soalan esei. Murid juga tidak mahir memberikan huraian lanjutan bagi soalan esei sehingga menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari subjek Pendidikan Moral. Bagi mengatasi masalah ini, guru telah mencipta satu bahan bantu mengajar menggunakan jadual pasang siap bagi membantu murid menjana idea menulis huraian. Inovasi ini telah dikongsikan dan dipanjangkan bersama-sama rakan Panitia Pendidikan Moral dan di beberapa buah sekolah menengah. Implikasi inovasi ini mendapati bahawa teknik Mak Bagi Kek Coklat telah berjaya menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan guru dengan menerapkan penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk jadual pasang siap sekali gus meningkatkan minat murid mempelajari subjek Pendidikan Moral.