KVO1096: MULTIPURPOSE TOOLS

TIEW CHIAN YEONG KOLEJ VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.1111 | 2 Likes | 18 Views | 42 times | LS: 44.2
Like it? | Support them now!

Penyelenggaraan kenderaan akan menjadi lebih sempurna dan cepat sekiranya menggunakan alatan yang betul, sesuai serta selesa. Penggunaan alatan ‘creeper’ untuk menyelenggara kenderaan adalah perlu bagi memastikan keselesaan kepada mekanik untuk menyelenggara kenderaan dari bahagian bawah. Manakala untuk menyelenggara bahagian tinggi pula kebiasaanya mekanik akan menggunakan kerusi atau tangga. Multipurpose Tools direkabentuk untuk membantu pengguna atau mekanik melakukan kerja penyelenggaraan dari bahagian bawah dan pada bahagian tinggi pada kenderaan. Multipurpose Tools direkabentuk dengan gabungan 2 alatan biasa untuk kerja penyelenggaraan kenderaan iaitu ‘creeper’ dan tangga. Penghasilan produk ini akan memudahkan kerja penyelenggaraan, menjimatkan masa dan memberi keselesaan kepada penggunanya. Selain itu alat ini juga menjimatkan ruang penyimpanan berbanding memiliki dua alatan penyelenggaraan iaitu ‘creeper’ dan tangga.