KVO673: Smart Keyboard Set

DHIVYA NAMBIAR A/P SARAVANA KUMAR KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.2292 | 33 Likes | 144 Views | 67 times | LS: 107.6
Like it? | Support them now!

Smart Keyboard Set merupakan set papan kekunci yang disertakan bersama dengan sarung jari bewarna. Produk ini diinovasi khas untuk memudahkan pelajar mengingat huruf papan kekunci dan kedudukan jari. Ia juga pada masa yang sama memudahkan guru menyemak kedudukan jari pelajar semasa menaip. Keunikan produk ini ialah pada papan kekunci yang bewarna dan juga sarung jari yang telah diwarnakan mengikut warna pada papan kekunci. Set inovasi ini mampu membantu pelajar menaip dengan menggunakan penjarian yang betul memandangkan pelajar mudah ingat huruf dan kedudukan jari menggunakan pengaruh warna. Produk ini mampu dikomersialkan memandangkan tugasan menaip merupakan tugas yang sentiasa dilakukan oleh guru dan pelajar.