ZARA AFIQAH BINTI ZAIFUL YAZAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Projek ini menghasilkan produk yang dinamakan PineGlow iaitu produk penjagaan rambut dan kulit yang menggunakan formulasi semulajadi berasaskan buah nanas dan bahan organik, selamat untuk semua jenis kulit, bebas bahan kimia berbahaya, serta memberikan pengalaman yang menyegarkan. PineGlow dicipta untuk mengatasi masalah bau rambut, kulit kering, berminyak, dan berjerawat. Ia kaya dengan nutrien penting dan sesuai untuk murid serta warga sekolah yang memakai tudung seharian. Tujuan: Menghasilkan set penjagaan diri tropika yang mengandungi semburan rambut dan lulur badan. Projek ini menyokong Matlamat 2 Kelaparan sifar (SDG 2 Zero hunger) dan Matlamat 12 Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan (SDG 12 Responsible Consumption and Production). Pemilihan produk organik menggalakkan penggunaan yang bertanggungjawab dan menyokong pertanian lestari serta penggunaan sumber secara cekap Alat dan Bahan: Kedua-dua produk ini menggunakan bahan utama iaitu nenas, yang kaya dengan vitamin dan enzim yang baik untuk kulit dan rambut. Selain nenas, bahan organik lain yang digunakan termasuk minyak kelapa dara, gula perang, dan madu. Semua bahan ini mudah didapati dan mesra alam. Cara Guna: Semburan rambut hendaklah digoncang, sebelum disembur pada hujung rambut dan dibiarkan kering. Manakala sebelum menggunakan lulur badan, bersihkan badan dengan air suam, sapukan lulur (scrub) ke seluruh badan, urut selama 5-10 minit dan bilas dengan air suam. Keunikan/kelebihan produk: Produk yang berasaskan nanas dan bahan organik ini mengandungi enzim bromelain yang meremajakan kulit dan rambut, merangsang pertumbuhan sel baru. Produk ini juga bebas bahan kimia dan kaya dengan Vitamin C untuk melawan radikal bebas. Kesimpulannya, PineGlow merupakan set penjagaan diri tropika yang dicipta berasaskan buah nanas dan dapat mempromosikan kelestarian serta manfaat bahan semulajadi yang terdapat di negara Malaysia. Projek ini mengajar kami cara menggunakan bahan semula jadi untuk menghasilkan sesuatu yang berguna. Kami berharap projek ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan menggalakkan penggunaan bahan semula jadi dalam kehidupan harian.