KVO515: MEASUREMENT COMPONENT KIT (RESISTOR, CAPACITOR & DIODE)

WAN NU'AIM PUTERI BINTI WAN MUSA KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

Keperluan alat bahan bantu mengajar (ABBM) di dalam pendidikan amat penting sekali pada zaman kini. Hal ini kerana penggunaan ABBM ini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Measurement Component Kit (Resistor, Capacitor, & Diode) yang dibangunkan ini merupakan salah satu keperluan ABBM di Kolej Vokasional Batu Lanchang Tujuan kit ini dibangunkan bagi membantu para pelajar Tahun 1 SVM program Teknologi Elektronik (ETN) memahami komponen asas elektronik. Selain itu, ia bertujuan untuk memudahkan guru menyampaikan isi pengajaran kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik. Pengkaji menggunakan model reka bentuk pengajaran iaitu Model Waterfall sebagai garis panduan dalam menghasilkan Measurement Component Kit sebagai ABBM. Model Waterfall mempunyai 5 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pengujian, dan fasa penyelenggaraan. Setiap fasa perlu dilalui sebelum memasuki fasa yang seterusnya. Measurement Component Kit ini berfungsi dengan memasukkan komponen perintang, kapasitor, dan diod mengikut slot pengujian komponen dan paparan LCD akan mengeluarkan nilai perintang, nilai kapasitor, dan kepincangan diod. Measurement Component Kit ini dikendalikan oleh pengawal mikro ATmega328P (Arduino Uno) dengan perisian Arduino IDE. Pengujian dan analisis dijalankan oleh pengkaji bagi memastikan projek ini berjaya terhasil serta dapat memenuhi keperluan pengguna. Secara keseluruhnnya, Measurement Component Kit sebagai ABBM merupakan satu projek yang dapat membantu dalam proses PdP.