MUHAMMAD IRFAN DANISH BIN MOHD AZAHA KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM
Sistem Merekod Kehadiran Pelajar LearnTime direka untuk menangani cabaran yang berkaitan dengan kaedah merekod kehadiran secara tradisional di Kolej Vokasional Shah Alam. Sistem ini bertujuan untuk menghapuskan kekangan seperti ruang storan yang terhad, terdedah kepada kehilangan rekod, dan ketidakcekapan dalam menganalisis kehadiran. Melalui pembangunan antara muka, guru yang mengajar dapat merekodkan kehadiran pelajar dengan cekap berdasarkan kod kursus yang diajar. Sistem ini juga memudahkan pelajar mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka. Akhirnya, sistem LearnTime dijangka akan merevolusikan pengurusan kehadiran di Kolej Vokasional Shah Alam dengan menyediakan laporan analisis kehadiran yang komprehensif secara bulanan. Ini akan membolehkan pentadbir kolej menjalankan tanggungjawab dan menyokong kejayaan para pelajar.