HAZWAN HAIKAL BIN HAIZAM IRWAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR
Sistem Jejak Alumni (e-SisJA) ialah sistem yang menyimpan data peribadi alumni Kolej Vokasional Kuala Selangor dan berfungsi untuk kegunaan pensyarah Unit Psikologi dan Kerjaya. Matlamat pembangunan sistem ini adalah untuk membangunkan sistem yang berfungsi sebagai platform penyimpanan, pencarian data alumni secara atas talian dan membantu pensyarah menguruskan data terkini alumni dengan lebih sistematik. Matlamat sistem ini juga adalah untuk mendalami lebih terperinci mengenai proses pembangunan Sistem Jejak Alumni (e-SisJA) secara atas talian serta mengenal pasti tahap keberkesanan dan kesesuaiannya untuk alumni KVKS mengisi data persendirian secara atas talian. Sistem ini dibangunkan menggunakan teknologi perisian Sublime Text dan data alumni disimpan di pangkalan data MySQL PhpMyAdmin. Pembangunan ini dibangunkan dengan menggunakan pengksriptan HTML, PHP dan JavaScript.