TUAN MARSYA FAQIHAH BINTI TUAN SAARI KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
Kajian ini dijalankan bagi menghasilkan Tropilips Balm, iaitu produk penjagaan bibir berasaskan ekstrak buah betik yang diformulasikan khusus untuk mengatasi masalah bibir kering dan sensitif. Buah betik dipilih kerana kaya dengan vitamin A, C dan enzim papain yang berfungsi melembapkan, menenangkan serta membantu penjanaan semula sel kulit. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan formulasi lip balm yang selamat, berkesan dan menggunakan bahan semula jadi, serta menilai tahap keberkesanannya terhadap kelembapan dan sensitiviti bibir. Kaedah kajian melibatkan proses pengekstrakan buah betik, penghasilan formulasi lip balm menggunakan bahan asas seperti lilin lebah dan minyak semula jadi, serta ujian kestabilan dan penerimaan pengguna. Hasil kajian menunjukkan bahawa Tropilips Balm berupaya meningkatkan kelembapan bibir, mengurangkan kekeringan serta memberikan kesan menenangkan kepada bibir sensitif tanpa menyebabkan iritasi. Kesimpulannya, penggunaan buah betik sebagai bahan utama dalam produk penjagaan bibir berpotensi menjadi alternatif semula jadi yang efektif dan selamat dalam industri kosmetik.