HERMALINI BINTI MOHD HASSAN KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
Subjek Kimia Tak Organik merupakan subjek teras yang memerlukan pemahaman konsep yang mendalam dan bukan sekadar hafalan. Namun, pelajar sering berhadapan dengan “beban kognitif” apabila bahan rujukan tersebar dalam pelbagai buku teks, modul, dan fail yang sukar dibawa. Dalam era pendidikan digital, keperluan untuk satu pusat sehenti (one-stop center) yang menghimpunkan semua bahan PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) adalah mendesak. Projek e-ChemSet dibangunkan sebagai inisiatif “Pembelajaran di Hujung Jari” bagi memudahkan pelajar mengakses nota, tutorial video, dan latihan pengukuhan di mana-mana sahaja hanya dengan menggunakan telefon pintar. e-ChemSet diperkenalkan sebagai platform para pelajar mempelajari Kimia Tak Organik secara kendiri dan atas talian. e-ChemSet menggunakan Padlet sebagai laman web dan merangkumi nota infografik kartun, nota infografik NoteBookLM AI, set soalan uji minda, pembelajaran melalui video, koleksi eksperimen melalui pautan YouTube, kuiz berbentuk permainan (Quiz.zep), dan soalan Gerak Gempur. Bahan pembelajaran yang disediakan menggunakan ‘Course Outline’ dan Silibus yang ditetapkan.Dapatan hasil inovasi menunjukkan min ujian pra 45% lulus dan min ujian pasca meningkat sehingga 78%. EChemSet boleh diperkembangkan lagi pada masa akan datang dengan menambah lagi unsur-unsur interaktif.