KVO601: SANGKAR ARNAB PINTAR MENGGUNAKAN IOT

AHMAD IDHAM HELMI BIN AHMAD RAZI KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU

I3DC24 | Tertiary (Online)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 19 Views | 81 times | LS: 81.0
Like it? | Support them now!

Sangkar arnab pintar menggunakan IOT ini bertujuan mengatasi cabaran dalam pengurusan penternakan haiwan dengan menggabungkan pendekatan tradisional dan teknologi moden. Pada masa dahulu, menjaga haiwan memerlukan usaha manual yang memerlukan banyak masa dan tenaga. Namun, dengan kemajuan teknologi, kami memutuskan untuk mencipta sistem sangkar arnab pintar yang menggunakan konsep Internet of Things (IoT). Tujuan utama sistem ini adalah untuk memantau pemakanan dan minuman haiwan dengan lebih mudah. Selain itu, sistem ini juga dirancang untuk secara berkala membuang najis haiwan menggunakan conveyor, yang akan mengalirkannya ke bekas pengumpulan najis yang telah dilengkapi dengan arang untuk mengurangkan bau busuk di dalam sangkar. Selain itu, sistem ini dapat memberikan notis kepada penternak ketika makanan telah diberikan kepada haiwan ternakan. Dengan memanfaatkan teknologi IoT, projek ini bertujuan untuk meningkatkan cara pengurusan penternakan haiwan secara menyeluruh.