JS923: SOLAR PEST CHASER (SPC)

ADAM ELYAS BIN MOHD HADI SK SUNGAI SIPUT UTARA

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.1053 | 2 Likes | 19 Views | 19 times | LS: 21.2
Like it? | Support them now!

Solar Pest Chaser (SPC)

ADAM ELYAS BIN MOHD HADI

ABSTRAK

Laporan ini adalah hasil inovasi tema SDG 11 iaitu Sustainable Cities and Communities yang bertujuan untuk ,mengurangkan kesan alam sekitar dan kecekapan sumber. Solar Pest Chaser (SPC) ialah alat inovatif untuk menghalau haiwan perosak seperti monyet, tupai, tikus dan babi hutan daripada merosakkan tanaman di kebun atau ladang. Ia berfungsi dengan menghasilkan bunyi kuat hasil ketukan skru besi dan pinggan logam, yang menakutkan haiwan perosak daripada menghampiri kawasan tanaman. Berdasarkan kajian dan temu bual bersama petani, bunyi yang berterusan terbukti berkesan sebagai kaedah kawalan perosak berbanding kaedah tradisional seperti pembakaran mercun yang mahal dan memerlukan pemantauan rapi. SPC menawarkan penyelesaian jimat dan mudah. Ia beroperasi menggunakan tenaga solar, yang menjadikannya mesra alam dan tidak bergantung kepada bateri pakai buang atau bahan bakar. Antara komponen utama SPC ialah kipas, bateri boleh cas, pengecas, skru besi, pinggan logam, dan panel solar. SPC mampu beroperasi sepanjang hari dan sesuai digunakan secara berterusan. Kos penghasilannya rendah dan mampu dimiliki oleh kebanyakan petani. Diharapkan inovasi ini dapat membantu meningkatkan hasil tanaman serta mengurangkan kerugian akibat gangguan haiwan perosak.

Kata Kunci : perosak, kecekapan, pemantauan, penghasilan