SITI ASYURA BINTI MOHD NASIR KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT
ORTO-KIT: Kit 3D Lukisan Tangan & Objek Nyata merupakan satu inovasi bahan bantu mengajar bagi kursus Simbol Kimpalan & Lukisan Geometri. Kit ini direka untuk membantu pelajar memahami konsep lukisan ortografik melalui aktiviti susun atur bongkah soft foam board berdasarkan lukisan isometrik. Pelajar kemudian menterjemah model 3D kepada lukisan ortografik menggunakan template pandangan pertama dan ketiga. Pendekatan ini memberi pengalaman pembelajaran berasaskan visual dan manipulatif yang menyeronokkan dan mudah difahami. ORTO-KIT mampu meningkatkan kefahaman, ketepatan lukisan serta minat pelajar terhadap topik lukisan geometri, di samping memudahkan guru menyampaikan pengajaran secara lebih interaktif dan berkesan.