NURAMANINA MADIHAH BINTI MAZLAN KOLEJ VOKASIONAL PUTERI
Pes adalah produk segera yang memudahkan pengguna dalam penyediaan masakan selain dapat menjimatkan masa memasak.Sehubungan itu, pengkaji telah membangunkan produk pes yang berasaskan ulam raja. Pes ini dihasilkan untuk menjimatkan masa memasak bagi pengguna yang kekurangan masa untuk memasak tetapi inginkan makanan yang berkhasiat. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kajian kuantitatif yang mana pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 40 orang responden di Kolej Vokasional Puteri, Temerloh berumur antara 18 tahun hingga 50 tahun. Data yang dianalisa menggunakan perisian Microsoft Excel menunjukkan majoriti responden bersetuju pes ulam raja mempunyai potensi komersil yang tinggi selain dapat digunakan untuk pelbagai masakan.